Teh Tarik Session Bersama PEPTERA & Keluarga

Leave a comment

Ahli Jawatankuasa 2012/2013

Leave a comment

Bagi sesi 2012/2013, berikut adalah senarai Ahli Jawatankuasa PEPTERA yang baru dilantik pada mesyuarat agong yang berlangsung pada February 2012. Diharap ahli-ahli PEPTERA dapat memberi kerjasama serta idea dalam perjalanan persatuan serta aktiviti yang bakal dijalankan.

Pengerusi : En Asri Bin Shukor
Naib Pengerusi : Pn Hafizah Binti Abdul Kader
Setiausaha : En Hasrul Aizan Bin Hussain
Pen. Setiausaha : En Shaharudin Bin Tajudin
Bendahari : En Shahrul Bin Osman
Ahli Jawatankuasa Biasa : En Amree Bin Abdullah
: En Abdul Rashid Bin Teha
: Pn Junaini Binti Anuar
: En Ahmad Bin Hassan
: En Zulkifli Bin Ahmad
: En Mohd Zailani Bin Alias
: En Syed Azwa Bin Syed Azmi
: En Wan Mohd Maarof Bin Wan Yusof
Pemeriksa Kira-kira : Pn Harlina Binti Abdul Rahman
: Ms Lim Fuei Teng

Mesyuarat Agung Tahunan PEPTERA

Leave a comment

image

Assalamualaikum & Salam Sejahtera…

Kepada semua ahli PEPTERA, anda dijemput untuk hadir ke Mesyuarat Agung Tahunan PEPTERA ke-2 (2011).

Mesyuarat akan diadakan pada 27 Mac 2011 (Ahad), bermula pada pukul 9.00pagi di Dewan Serbaguna Permai Putera.

Buku undang-undang persatuan telah diedarkan. Jika anda belum mendapatkan, sila hubungi setiausaha atau email ke peptera@live.com.my.

Ucapan Tahun Baru

Leave a comment

Wow.. Begitu cepat masa berlalu, sekarang kita hampir ke penghujung bulan Februari 2011. Disebabkan kesibukan kerja, saya tidak mengemaskinikan PEPTERA @Ampang buat beberapa ketika.

Saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan (ucapan tertunggak),

SELAMAT TAHUN BARU 2011

dan

SELAMAT TAHUN BARU CINA 2011

Dukacitanya pada tahun ini, PEPTERA tidak dapat menganjurkan sambutan Tahun Baru Cina, disebabkan ketiadaan peruntukan wang. Pada Tahun Baru Cina 2010, kita telah diperuntukkan wang daripada Ideal Legacy Sdn Bhd.

Dengan ketiaadaan wang peruntukkan dan disebabkan sumber kewangan yang kecil persatuan, maka tidak dapat lah kita mengadakan sambutan CNY pada tahun ini.

PEPTERA menghulurkan dua tapak tangan memohon maaf atas keadaan yang berlaku ini.

Kes Rompak

Leave a comment

Pangsapuri kita telah dikejutkan dengan satu kes rompakan pada awal pagi 27hb November yang lalu. Dalam kejadian ini, tuan rumah telah diikat dan dikunci di dalam rumah sebelum tiga (3) orang suspek melarikan diri.

Mangsa, yang sedang mengisi minyak pada awal pagi di Stesen PETRONAS Jalan Kolam Air Lama, telah dihampiri oleh sekumpulan pemuda yang bertanyakan arah. Tanpa disedari mangsa telah diancam dengan sebilah pisau. Mangsa kemudiannya dipaksa masuk ke dalam keretanya sebelum dipaksa memandu kembali ke rumah mangsa.

Apabila tiba di rumah mangsa, mangsa telah diikat sebelum suspek-suspek mengambil kunci, menguncikan mangsa di dalam rumah dan melarikan barang curian. Alhamdulillah, mangsa tidak diapa-apakan…

Dengan ini, saya menasihatkan agar kita hendaklah berada dalam keadaan berhati-hati dan mengawasi sekeliling kita. Senantiasalah kita mendoakan kesejahteraan dan keselamatan diri serta pangsapuri kita dan bertawakkal kepada Yang Maha Kuasa.

Aidiladha & Ibadah Korban (1432H)

Leave a comment

PEPTERA mengucapkan
Selamat Hari Raya Aidiladha
kepada semua penduduk Pangsapuri Permai Putera.

Alhamdulillah, kita telah selasai menjalani Aidiladha dan Ibadah korban bagi tahun 1432H, pada 17 November 2010 yang baru  saja berlalu. Acara korban tahun ini, yang telah dikelolakan oleh Surau Permai Putera, mendapat sambutan ramai. Sebanyak 3 ekor lembu dan 10 ekor kambing telah dikorbankan di atas nama Allah pada tahun ini.

Sila klik pada ‘link’ di bawah ini untuk melihat gambar-gambar yang selebihnya:

http://s1025.photobucket.com/albums/y316/peptera/Aidiladha%202010/

Happy Deepavali

Leave a comment

To all who celebrate Deepavali, Happy Deepavali!!!

Older Entries