Majlis Bacaan Yassin & Tahlil Sempena Sambutan Ramadan 1431H

Leave a comment

29 Julai 2010: AJK Surau Pangsapuri Permai Putera telah menganjurkan program bacaan Yassin & tahlil bersama-sama dengan penduduk-penduduk Pangsapuri Permai Putera sempena menyambut ketibaan Ramadan. Majlis ini diadakan selepas Maghrib bertempat di Dewan Serbaguna Pangsapuri Permai Putera. Seramai lebih kurang 40 hadirin yang telah hadir bagi mengamarahkan majlis tersebut. Di samping menyambut Ramadan, majlis ini bertujuan untuk merapatkan hubungan jiran tetangga antara penduduk di Pangsapuri Permai Putera. Jamuan ringkas yang begitu menyelerakan telah disediakan oleh AJK surau untuk santapan hadirin selepas mengadakan sembahyang Isyak secara berjemaah. Antara juadah yang disediakan adalah teh ‘0’, nasi lemak, roti jala, pulut panggang dan cucur badak.

– English translation will be up soon –

Advertisements

Mesyuarat Penduduk July 2010

Leave a comment

 

AJK Persatuan Penduduk Pangsapuri Permai Putera dengan segala hormatnya menjemput para pemilik & penyewa di Pangsapuri Permai Putera untuk hadir bersama-sama ke Mesyuarat Penduduk July 2010 bagi membincangkan agenda-agenda berikut:
1. Status Penubuhan Persatuan & Keahlian
2. Isu Parkir Kenderaan
3. Isu Keselamatan
4. Isu Yuran Penyelenggaraan