Pangsapuri kita telah dikejutkan dengan satu kes rompakan pada awal pagi 27hb November yang lalu. Dalam kejadian ini, tuan rumah telah diikat dan dikunci di dalam rumah sebelum tiga (3) orang suspek melarikan diri.

Mangsa, yang sedang mengisi minyak pada awal pagi di Stesen PETRONAS Jalan Kolam Air Lama, telah dihampiri oleh sekumpulan pemuda yang bertanyakan arah. Tanpa disedari mangsa telah diancam dengan sebilah pisau. Mangsa kemudiannya dipaksa masuk ke dalam keretanya sebelum dipaksa memandu kembali ke rumah mangsa.

Apabila tiba di rumah mangsa, mangsa telah diikat sebelum suspek-suspek mengambil kunci, menguncikan mangsa di dalam rumah dan melarikan barang curian. Alhamdulillah, mangsa tidak diapa-apakan…

Dengan ini, saya menasihatkan agar kita hendaklah berada dalam keadaan berhati-hati dan mengawasi sekeliling kita. Senantiasalah kita mendoakan kesejahteraan dan keselamatan diri serta pangsapuri kita dan bertawakkal kepada Yang Maha Kuasa.