Mesyuarat Agung Tahunan PEPTERA

Leave a comment

image

Assalamualaikum & Salam Sejahtera…

Kepada semua ahli PEPTERA, anda dijemput untuk hadir ke Mesyuarat Agung Tahunan PEPTERA ke-2 (2011).

Mesyuarat akan diadakan pada 27 Mac 2011 (Ahad), bermula pada pukul 9.00pagi di Dewan Serbaguna Permai Putera.

Buku undang-undang persatuan telah diedarkan. Jika anda belum mendapatkan, sila hubungi setiausaha atau email ke peptera@live.com.my.

Ucapan Tahun Baru

Leave a comment

Wow.. Begitu cepat masa berlalu, sekarang kita hampir ke penghujung bulan Februari 2011. Disebabkan kesibukan kerja, saya tidak mengemaskinikan PEPTERA @Ampang buat beberapa ketika.

Saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan (ucapan tertunggak),

SELAMAT TAHUN BARU 2011

dan

SELAMAT TAHUN BARU CINA 2011

Dukacitanya pada tahun ini, PEPTERA tidak dapat menganjurkan sambutan Tahun Baru Cina, disebabkan ketiadaan peruntukan wang. Pada Tahun Baru Cina 2010, kita telah diperuntukkan wang daripada Ideal Legacy Sdn Bhd.

Dengan ketiaadaan wang peruntukkan dan disebabkan sumber kewangan yang kecil persatuan, maka tidak dapat lah kita mengadakan sambutan CNY pada tahun ini.

PEPTERA menghulurkan dua tapak tangan memohon maaf atas keadaan yang berlaku ini.