Teh Tarik Session Bersama PEPTERA & Keluarga

Leave a comment

Advertisements

Mesyuarat Agung Tahunan PEPTERA

Leave a comment

image

Assalamualaikum & Salam Sejahtera…

Kepada semua ahli PEPTERA, anda dijemput untuk hadir ke Mesyuarat Agung Tahunan PEPTERA ke-2 (2011).

Mesyuarat akan diadakan pada 27 Mac 2011 (Ahad), bermula pada pukul 9.00pagi di Dewan Serbaguna Permai Putera.

Buku undang-undang persatuan telah diedarkan. Jika anda belum mendapatkan, sila hubungi setiausaha atau email ke peptera@live.com.my.

Majlis Sambutan Aidilfitri 1431H

Leave a comment

AJK Persatuan Penduduk Pangsapuri Permai Putera (PEPTERA) dengan segala hormatnya menjemput para penduduk Pangsapuri Permai Putera untuk sama-sama meraikan Sambutan Aidilfitri 1431H pada:

Tarikh     :  Sabtu, 2 September 2010
Masa        :  8.00 malam
Tempat   :  Aras G, Pangsapuri Permai Putera 

Sama-sama lah mengambil peluang ini untuk beramah-mesra antara satu sama lain di samping meraikan Aidilfitri.

** Penduduk juga dijemput untuk meramaikan gotong-royong penyediaan dan memasak pada Jumaat (1 Sept 2010 @ 9 malam) dan Sabtu (2 Sept @ 8 pagi)

Majlis Bacaan Yassin & Tahlil Sempena Sambutan Ramadan 1431H

Leave a comment

29 Julai 2010: AJK Surau Pangsapuri Permai Putera telah menganjurkan program bacaan Yassin & tahlil bersama-sama dengan penduduk-penduduk Pangsapuri Permai Putera sempena menyambut ketibaan Ramadan. Majlis ini diadakan selepas Maghrib bertempat di Dewan Serbaguna Pangsapuri Permai Putera. Seramai lebih kurang 40 hadirin yang telah hadir bagi mengamarahkan majlis tersebut. Di samping menyambut Ramadan, majlis ini bertujuan untuk merapatkan hubungan jiran tetangga antara penduduk di Pangsapuri Permai Putera. Jamuan ringkas yang begitu menyelerakan telah disediakan oleh AJK surau untuk santapan hadirin selepas mengadakan sembahyang Isyak secara berjemaah. Antara juadah yang disediakan adalah teh ‘0’, nasi lemak, roti jala, pulut panggang dan cucur badak.

– English translation will be up soon –