Kes Rompak

Leave a comment

Pangsapuri kita telah dikejutkan dengan satu kes rompakan pada awal pagi 27hb November yang lalu. Dalam kejadian ini, tuan rumah telah diikat dan dikunci di dalam rumah sebelum tiga (3) orang suspek melarikan diri.

Mangsa, yang sedang mengisi minyak pada awal pagi di Stesen PETRONAS Jalan Kolam Air Lama, telah dihampiri oleh sekumpulan pemuda yang bertanyakan arah. Tanpa disedari mangsa telah diancam dengan sebilah pisau. Mangsa kemudiannya dipaksa masuk ke dalam keretanya sebelum dipaksa memandu kembali ke rumah mangsa.

Apabila tiba di rumah mangsa, mangsa telah diikat sebelum suspek-suspek mengambil kunci, menguncikan mangsa di dalam rumah dan melarikan barang curian. Alhamdulillah, mangsa tidak diapa-apakan…

Dengan ini, saya menasihatkan agar kita hendaklah berada dalam keadaan berhati-hati dan mengawasi sekeliling kita. Senantiasalah kita mendoakan kesejahteraan dan keselamatan diri serta pangsapuri kita dan bertawakkal kepada Yang Maha Kuasa.

Advertisements

Berita Semasa – Curi Motosikal & Serangan Parang

Leave a comment

28th Okt 2010: Satu kejadian curi motosikal telah berlaku di Pangsapuri Permai Putera. Motosikal yang diletakkan dalam kawasan parking bertingkat, telah dipecahkan kunci mangganya oleh dua orang suspek sebelum dilarikan. Kedua suspek ini masuk ke kawasan pangsapuri dengan menaiki motosikal yang lain. Pengawal keselamatan telah berjaya menahan salah-seorang suspek, manakala suspek  yang kedua telah berjaya melarikan motosikal yang dicuri itu. Ketika menunggu pihak polis, suspek yang berjaya melarikan motosikal itu telah kembali dan cuba menyerang pengawal keselamatan dengan sebilah parang panjang. Kedua-dua suspek ini berjaya melepaskan diri, apabila pengawal keselamatan bertempiaran lari  ketika diserang. Walaupun suspek yang pada mulanya ditahan berjaya melarikan diri, pengawal keselamatan telah berjaya mendapatkan kad pengenalan salah-seorang suspek.

Persoalannya, bagaimana kedua suspek ini berjaya masuk ke kawasan pangsapuri kita ini tanpa diambil sebarang butir oleh pengawal keselamatan?

UPDATE (9 nov 2010):
As of this date, no police report was done by the guard, who was attacted by the two parang wielded youngsters. As the matter fact, the security guard is uncontactable. Anyway, the security company has made a police report based on the video evidence and against the missing guard.