Wow.. Begitu cepat masa berlalu, sekarang kita hampir ke penghujung bulan Februari 2011. Disebabkan kesibukan kerja, saya tidak mengemaskinikan PEPTERA @Ampang buat beberapa ketika.

Saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan (ucapan tertunggak),

SELAMAT TAHUN BARU 2011

dan

SELAMAT TAHUN BARU CINA 2011

Dukacitanya pada tahun ini, PEPTERA tidak dapat menganjurkan sambutan Tahun Baru Cina, disebabkan ketiadaan peruntukan wang. Pada Tahun Baru Cina 2010, kita telah diperuntukkan wang daripada Ideal Legacy Sdn Bhd.

Dengan ketiaadaan wang peruntukkan dan disebabkan sumber kewangan yang kecil persatuan, maka tidak dapat lah kita mengadakan sambutan CNY pada tahun ini.

PEPTERA menghulurkan dua tapak tangan memohon maaf atas keadaan yang berlaku ini.