Diskusi Bersama Pengurus Baru Ideal Legacy

Leave a comment

3rd Nov 2010: PEPTERA telah menjemput Ideal Legacy Sdn Bhd (syarikat pengurusan Pangsapuri Permai Putera) bagi membincangkan beberapa perkara.

Antara agenda-agenda yang dibincangkan ialah:

  1. Isu Keselamatan
  2. Penyediaan Kabel Talian Telefon
  3. Kos bil air yang tinggi
  4. Visitor Parking
  5. Lif Rosak
  6. Status Kewangan Permai Putera
  7. Lain-lain hal berbangkit

Sebagai pengurus (manager) baru bagi Ideal Legacy Sdn Bhd, En Mohd Lee, telah meminta supaya beliau diberi peluang untuk mendengar aduan-aduan yang dikemukakan. Beliau juga berjanji untuk cuba mengambil beberapa tindakan yang sewajarnya dalam masa yang agak singkat ini. Disamping itu, beliau juga berjanji untuk kembali bersama jawapan-jawapan yang sepatut dalam pertemuan bersama PEPTERA pada 22 November 2010.

Setiausaha                    

Berita Semasa – Curi Motosikal & Serangan Parang

Leave a comment

28th Okt 2010: Satu kejadian curi motosikal telah berlaku di Pangsapuri Permai Putera. Motosikal yang diletakkan dalam kawasan parking bertingkat, telah dipecahkan kunci mangganya oleh dua orang suspek sebelum dilarikan. Kedua suspek ini masuk ke kawasan pangsapuri dengan menaiki motosikal yang lain. Pengawal keselamatan telah berjaya menahan salah-seorang suspek, manakala suspek  yang kedua telah berjaya melarikan motosikal yang dicuri itu. Ketika menunggu pihak polis, suspek yang berjaya melarikan motosikal itu telah kembali dan cuba menyerang pengawal keselamatan dengan sebilah parang panjang. Kedua-dua suspek ini berjaya melepaskan diri, apabila pengawal keselamatan bertempiaran lari  ketika diserang. Walaupun suspek yang pada mulanya ditahan berjaya melarikan diri, pengawal keselamatan telah berjaya mendapatkan kad pengenalan salah-seorang suspek.

Persoalannya, bagaimana kedua suspek ini berjaya masuk ke kawasan pangsapuri kita ini tanpa diambil sebarang butir oleh pengawal keselamatan?

UPDATE (9 nov 2010):
As of this date, no police report was done by the guard, who was attacted by the two parang wielded youngsters. As the matter fact, the security guard is uncontactable. Anyway, the security company has made a police report based on the video evidence and against the missing guard.

Majlis Sambutan Aidilfitri 1431H

Leave a comment

AJK Persatuan Penduduk Pangsapuri Permai Putera (PEPTERA) dengan segala hormatnya menjemput para penduduk Pangsapuri Permai Putera untuk sama-sama meraikan Sambutan Aidilfitri 1431H pada:

Tarikh     :  Sabtu, 2 September 2010
Masa        :  8.00 malam
Tempat   :  Aras G, Pangsapuri Permai Putera 

Sama-sama lah mengambil peluang ini untuk beramah-mesra antara satu sama lain di samping meraikan Aidilfitri.

** Penduduk juga dijemput untuk meramaikan gotong-royong penyediaan dan memasak pada Jumaat (1 Sept 2010 @ 9 malam) dan Sabtu (2 Sept @ 8 pagi)

Majlis Bacaan Yassin & Tahlil Sempena Sambutan Ramadan 1431H

Leave a comment

29 Julai 2010: AJK Surau Pangsapuri Permai Putera telah menganjurkan program bacaan Yassin & tahlil bersama-sama dengan penduduk-penduduk Pangsapuri Permai Putera sempena menyambut ketibaan Ramadan. Majlis ini diadakan selepas Maghrib bertempat di Dewan Serbaguna Pangsapuri Permai Putera. Seramai lebih kurang 40 hadirin yang telah hadir bagi mengamarahkan majlis tersebut. Di samping menyambut Ramadan, majlis ini bertujuan untuk merapatkan hubungan jiran tetangga antara penduduk di Pangsapuri Permai Putera. Jamuan ringkas yang begitu menyelerakan telah disediakan oleh AJK surau untuk santapan hadirin selepas mengadakan sembahyang Isyak secara berjemaah. Antara juadah yang disediakan adalah teh ‘0’, nasi lemak, roti jala, pulut panggang dan cucur badak.

– English translation will be up soon –

Mesyuarat Penduduk July 2010

Leave a comment

 

AJK Persatuan Penduduk Pangsapuri Permai Putera dengan segala hormatnya menjemput para pemilik & penyewa di Pangsapuri Permai Putera untuk hadir bersama-sama ke Mesyuarat Penduduk July 2010 bagi membincangkan agenda-agenda berikut:
1. Status Penubuhan Persatuan & Keahlian
2. Isu Parkir Kenderaan
3. Isu Keselamatan
4. Isu Yuran Penyelenggaraan

 

Newer Entries